Wednesday, September 5, 2012

Puding Buih Berkuah



setelah beberapa hari meronggeng, hari ni nak share resepi puding paling favourite sy since kecik lagi.. kalau bole nak update semua resepi yg sy buat cuti ni before masuk new sem ni bcoz i'm gonna be crazy crazy busy  -_-  

puding ni sy belajar buat since sekolah rendah darjah 6 lg sebab ingat ade bawak pegi sekolah time jamuan hari guru & hasil buatan sendri. since then sy je dlm family yg selalu buat puding ni. puding ni lembut sgt ala-ala melt in the mouth gitu. plus makan dgn kuah custard banjir.. fuuuuhhhh  =)


so bahan yg diperlukan sgt basic n mmg setiap rumah wajib ada! (kalau takde means dapur dah lama x berasap lettew..) hehe


Puding

1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna

1)  masukkan air dalam periuk bersama2 agar-agar. masak hingga mendidih & biarkan sejuk.
2)  masukkan putih telur dalam mesin dan putar dalam kelajuan plg maksimum sehingga menjadi kembang & berbuih.  (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah)
3)  selepas itu masukkan kuning telur satu per satu. dan pukul lagi hingga jadi gebu.
4)  masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
5)  masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
6)  pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah adunan supaya sebati. tidak ada separate antara buih & agar)
7)  masukkan pewarna
8)  tuang agar dalam bekas
9)  masukkan puding di dalam peti ais untuk sejukkan & keraskan.


p/s: sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang & puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar & atas buih. 



Kuah Custard
1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

1)larutkan custard didalam air terlebih dahulu
2)masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) kacau sehingga mendidih & naik bau.


p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan then baru bole biarkan. selepas tu boleh masukkan dalam peti. puding ni sedap makan time sejuk =)





kali ni buat rainbow puding to attract the kids!

sedia di makan & sangat menyelerakan



Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk. 

hasilnya saya dpt 3 bekas seperti di atas. nyum nyum nyum  =)
budak2 pun suke since kuah custard sgt menyelerakan.


Selamat Mencuba  =)

7 comments: