Monday, September 17, 2012

German Cookies



Salam and Hye...

dah lama tak update blog since dah masuk semester baru. dah busy call patient and penat dengan kerja lab & treat patient. lagipun duduk kolej ni bukannya boleh buat aktiviti mem'baking' so kerja2 membaking hanya akan disambung musim cuti masa hadapan.

And kali ni nak share resepi yang first time saya buat namanye German Cookies. nama pun mcm dah sedap kn.. cookies ni ala-ala melt-in-the-mouth gitu.




Ingredients (makes 60 pieces)

125g butter
40g icing sugar, sifted
125g potato starch
80g superfine flour @ plain flour


Method

1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 2cm in diameter), arrange on lined baking pan and press lightly with a fork (dip the fork in water after each press to prevent cookie dough from sticking to the fork).
4. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 mins, upper rack (need not bake till cookies turn brown).


p/s: potato starch tu bole didapati dekat mane2 kedai bakery insyaAllah ada melainkan kehabisan stok.. hehe


selepas dirasa-rasa oleh kaum kerabat family, mak & abang cakap rasa dia macam Biskut Arab. biskut arab ni famous dekat kelantan & rasa die manis. lainnya biskut arab ni guna minyak sapi.

tapi mak cakap German Cookies ni tak semanis biskut arab la.. hehe


ignore cookies ku yg tak comel ni


German cookies ni bole jugak kalau nak letak flavor. selalunye orang letak coco powder atau blueberry essence untuk rasa yang berbeza-beza.

Selamat Mencuba  =)


Wednesday, September 5, 2012

Puding Buih Berkuah



setelah beberapa hari meronggeng, hari ni nak share resepi puding paling favourite sy since kecik lagi.. kalau bole nak update semua resepi yg sy buat cuti ni before masuk new sem ni bcoz i'm gonna be crazy crazy busy  -_-  

puding ni sy belajar buat since sekolah rendah darjah 6 lg sebab ingat ade bawak pegi sekolah time jamuan hari guru & hasil buatan sendri. since then sy je dlm family yg selalu buat puding ni. puding ni lembut sgt ala-ala melt in the mouth gitu. plus makan dgn kuah custard banjir.. fuuuuhhhh  =)


so bahan yg diperlukan sgt basic n mmg setiap rumah wajib ada! (kalau takde means dapur dah lama x berasap lettew..) hehe


Puding

1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna

1)  masukkan air dalam periuk bersama2 agar-agar. masak hingga mendidih & biarkan sejuk.
2)  masukkan putih telur dalam mesin dan putar dalam kelajuan plg maksimum sehingga menjadi kembang & berbuih.  (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah)
3)  selepas itu masukkan kuning telur satu per satu. dan pukul lagi hingga jadi gebu.
4)  masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
5)  masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
6)  pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah adunan supaya sebati. tidak ada separate antara buih & agar)
7)  masukkan pewarna
8)  tuang agar dalam bekas
9)  masukkan puding di dalam peti ais untuk sejukkan & keraskan.


p/s: sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang & puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar & atas buih. 



Kuah Custard
1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

1)larutkan custard didalam air terlebih dahulu
2)masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) kacau sehingga mendidih & naik bau.


p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan then baru bole biarkan. selepas tu boleh masukkan dalam peti. puding ni sedap makan time sejuk =)





kali ni buat rainbow puding to attract the kids!

sedia di makan & sangat menyelerakan



Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk. 

hasilnya saya dpt 3 bekas seperti di atas. nyum nyum nyum  =)
budak2 pun suke since kuah custard sgt menyelerakan.


Selamat Mencuba  =)

Sunday, September 2, 2012

Cream Puff


Assalamualaikum =)  *tak jawab dosa taw

Ramadhan baru2 ni aku ada blaja buat krim puff.. mula2 kakak aku yg gedik2 nk blaja buat since husband die baru balik... tiba2 x sempat bukak puasa dah abes sebab adik bongsu bawak balik MRSM.. duk bergado sesame adik beradik berebut krim puff..

so mak aku pun suruh aku blaja buat lah untuk org rumah plak.. walaupun tggl lg 1 jam nk bukak puasa, aku rushing buat sebab mende ni sekejap je masak.. resepi puff ni aku amik dari Cik Mahirah Izzati lagi & resepi cream amik resepi turun temurun nenek moyang punye..


bahan2 yg diperlukan sangat basic comfirm setiap dapur ada bahan2 ni


untuk puff: 

80 g                butter
1 1/4 cwn        air
180g               tpg gandum
3                      telur
1 tsb                gula
sdikit garam

atau

170 gm           tepung gandum
1 sudu kecil     baking powder
115 gm           mentega/butter
285 ml            air
5 biji               telur


1.Lenser dulang pembakar n panaskan oven hgga 200cc.
2.Dalam periuk,panaskan butter & masukkan air smpai mendidih.
3. Kecilkan api & masukkan tepung. Kacau sebati smpai adunan tidak  melekat kat periuk & jadi bebola. Ketepikan dr dapur n biarkan sejuk sebentar.(aku tak biarkan sejuk pun)
4. Pukul telur & esen vanila dan tuang sikit2 ke dlm pastri. Kacau rata. Nak senang gune mixer.
5. Letak satu camca penuh pastri atas dulang pembakar (atau gune piping bag) n bakar selama 30-35 mnit atau smpai kekuningan. puff ni akan sedikit mengembang bila masak so jgn buat besar sgt

p/s: aku lg suke cream puff kecik2 sekali suap je makan.. so dari resepi ni aku dapat kira2 dalam 60+ biji.. kalu buat besar dpt kuantiti lagi sikit la.



untuk custard cream: 

3 sudu besar tepung kastard (sy tambah 2 sudu lg since nmpk cair)
3 cawan air
2 sudu besar susu tepung @ fresh milk  (yg ni ikut suka nk letak byk mane sebenarnye, kalu nk lemak letak lebih)
5 sudu besar gula (sy letak lebih)

1. Larutkan dulu tepung kastard dalam air. Pastu masak atas api kecil sampai berkilat. Pastikan sentiasa dikacau.
2. Masukkan susu & gula. Kacau lagi sampai masak & sedikit likat n pekat.


p/s: custard ni rasa ikut taste masing2 ye..  =)


rupa sebelum masuk oven


ni la rupa custard


rupa da siap masak.. banyak kn?


rupa dh letak filling.. drooling~!


tadi kan aku cakap aku buat 1 jam before bukak puasa.. ngam2 waktu bukak puasa cream puff ni siap fuuhhh!! fresh from oven okeh! hihi.. sekejap je cream puff ni da lesap kne ngap..

ni first trial buat alhamdulillah jadi.. kalau kat kedai ni 5 biji rm2.. ni modalnye ya ampun murahnyee...
kalau ikut resepi ni modal tak sampai rm10 tp bole dapat 60+ biji.. so better buat sendri!

Selamat mencuba =)

Friday, August 31, 2012

Blackpepper Chicken Quiche




Salam, hari ni nak share recipe yg sy dpt dari Cik Mahirah Izzati a.k.a kawan dari pasum sy.. die yg suggest sy resepi ni katenye sedap & family die semua suka. So aku pun nk try la buat. bila google tgk2 kene  buat pastry mende yg plg lemah nak buat sebab takut keras, rapuh & etc..

tp cik mahi cakap senang je nak buat so semangat siket nak baking ni...

so bahan2 nyer ialahhh



 





Crust
200g  flour
1/3 teaspoon salt
100g  butter
3table spoon cold water       (sehingga tidak melekat di jari & bekas)
       
Directions:
 1 Mix flour and salt with fork.
 2 Mix flour and butter by crumbling method using the tip of your finger.
 3  Sprinkle in ice water 1 tablespoon at a time, mixing until all the flour is moistened and dough almost cleans the sides of the bowl.  Place in the fridge for 30 minutes to rest.
 4  Press into 8” pie pan.
 5 Bake at 200°c until it turns slightly golden (halfbake) for about 8-10 minutes
 6  You can double the recipe, divide dough in half, and roll out into a pair of rounds for two-crust pies.


Filling (can be varied according to your liking)

Dairy whipping cream          100ml
Fresh Milk   50ml (can be up to 100ml -depends)                                                     
1-2 Eggs   (depends on type of eggs & your likeness)
Cheese   ( e.g 100gm cheddar, 100gm mozzarella) - depends                                           
Capsicum   (diced)
Boneless Chicken breast (chopped)                  
Button mushroom (diced/sliced)
3 Garlic (diced)                                                                                    
1 Holland onion (yellow)(diced)
Black pepper      (can also use Oregano)                                                                                
Salt


Heat the pan with some oil and stir in garlic. Add in the onion and fry until cooked. Add in the chopped chicken breast and black pepper.
In a small bowl, beat eggs with a fork; stir in whipping cream, fresh milk and cheese. 
Mix in the stir-fried chicken breast into the egg mixture. 
Pour the mixture into pie crust and sprinkle some cheese and capsicum. 
Bake in the preheated oven at 200°c for about 30-35 minutes until it turns golden brown.


p/s: here is some tips.. 2nd time aku buat quiche hari tu.. aku susun dulu ayam kat atas pastry sbb nk divide into 3 quiche.. so aku x masukkan ayam dalam eggs mixture.. since ade jgk resepi lain yg buat cmtu.. aku follow je la.. n the outcome is sooooo muak!! sbb egg mixture tu are egg+whipping cream+milk semata2.. mmg la muak.. next time mix semua ayam, cheese & egg mixture sekali baru ade rasa blackpepper n x muak sgt...
satu lg tips.. quiche ni sedap dimakan dgn cili sauce =)


ignore the pastry since this is 1st trial =)





Selamat Mencuba =)
TQ Cik Mahirah Izzati  


Thursday, August 30, 2012

Beef Lasagna



hallu... dalam 4 hari lepas, after a few days x membaking sebab banyak sangat makanan berlebihan kat rumah ni sebab mood raya plus ayah aku da bising sebab membazir... aku teringin plak nak try buat lasagna.. tp lasagna ni muak so aku risau x habis. nasib baik adik bongsu aku tu nak balik MRSM da.. so die bole tapau bawak makan sana alang2 x membazir kan?

bahan2 semua da beli sebelum raya lg.. sebab lasagna ni mmg dalam list baking hari raya aku. aku takde la suka sangat lasagna ni tapi gian nak makan cheese so nak try buat (gedik sebenarnye).

so bahan2 yg diperlukan ialaaaaahhh









Lasagna
Kepingan lasagna (instant lasagna)
-rebus kepingan lasagna sekejap dalam air rebusan yg diletak sedikit minyak ntuk mengelakkan lasagna melekat


Sos Merah
Daging cincang - 300gm (tp aku letak lebih, lg byk daging lg best)

Sos Prego - botol kecik (aku beli yg besar n letak lebih sbb suka sos byk)

Sos cili - 1 sudu
1 Bawang besar - dipotong dadu
3 Bawang putih - dicincang
Tomato buah - potong kecil (tak letak pun)
Carrot - potong dadu ( opt. ikut le sayur apa nak letak - kacang pea, cendawan butang.)
Serbuk lada hitam
Serbuk Oregano
Sedikit garam
Minyak zaitun utk menumis - aku guna minyak biasa je


Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang
Bila daging agak masak, masukkan kesemua sos prego dan sos cili, kacau sampai rata
Masukkan sayur dan potongan buah tomato
Perasakan dgn sedikit garam, serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
dan Siap!!! senang je kan?



Sos Putih
Butter - 2 sudu besar

Tepung Gandum - 2 sudu besar
Fresh Milk/Fullcream Milk - 250ml
2 Keping Cheddar Cheese - nak lg senang bole ganti dgn Cheesedale (lg cheese byk lg sedap)
Garam


Panaskan butter hingga cair, masukkan tepung gandum perlahan2, kacau dan pastikan tepung tidak berketul.

Masukkan susu segar, kacau sebati.
masukkan cheddar cheese dan kacau sampai sebati then siaaap!

p/s: sos putih ni kalau nak lg sedap buat banyak nanti masa masak lasagna akan nmpak lg berair n melimpah2 n x kering =)

Penyediaan Lasagna
 Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang

 Letakkan sos merah diatas lasagna, letak byk daging lg sedap & letak biar sekata
 Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan cheese (parmesan,cheddar,mozarella) (sy letak byk sos putih & cheese sebab suke)
 Ulang proses diatas, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak ( kita buat 2  lapisan lasagna )
 Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit ( ini ikut oven masing2 ye..) 



nah ni la hasil lasagna 1st trial aku... n the taste was awesome!!  Alhamdulillah =)
time nk buat takut jgk rasa die muak mcm kat kedai.. tp x pun! n kalu dah sejuk bole la panaskan dlm microwave so dat cheese die meleleeehhh mcm baru masak.












mak aku pun dah mintak2 resepi ni & dah siap beli bahan2 nak buat next time.. hihi.. sedap letteewww
lasagna  ni abes dalam masa x smpai 24jam.. igt nk supper malam tu tp sedih tgk2 bekas dah ade dlm sinki ade org melahap smpai abes! wuuuwuuuu....  =(



so ni la resepi lasagna yg aku guna... korg bole la try plak ye! simple je.. plus murah je compare ngan kat kedai n bole makan smpai boonceett  =b

Selamat Mencuba!


Blueberry Cheese Tart de Azyyatie

Blueberry Cheese Tart 


sejak akhir2 ni mood baking menjadi2. setakat cuti ni saje dah macam2 makanan aku baking. so disebabkan blog ni dah lame terbengkalai takde penghuni.. i've decided to make this blog as Baking & Cooking Blog.

so tanpa membuang masa, hari ni aku teringin buat blueberry cheese tart since blueberry filling still ade byk lg lebih dari aku buat time raya hari tu. tp masalahnye cream cheese tinggal separuh je. so aku decide nak belajar buat egg tart sekali untuk cover half lg cream cheese yg da habis. favourite sgt egg tart ni tp xpernah buat.

so tanpa membuang masa.. lets get started! (maaf la grammar dulu slalu failed =p)

first sekali bahan2 yg diperlukan issssss





bahan2 tart shell :
170gm butter
290gm tepung gandum
50gm gula icing (tak perlu kurangkn rasa dah okay)

1 biji telur gred C 
1 sudu kecil esen vanilla


pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
lepas tu masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. 
then masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. doh ni sangat lembut. so jgn risau tak perlu tmabah gandum. asalkn die x melekat kat bekas dah okay. 
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.  (xperlu pun takpe)

Ambil sikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga separuh masak. 
biarkan dulu dlm 5 min then bole terbalikkan begitu je die akan keluar sendiri. if ade yg melekat.. juz ketuk guna jari then problem settle!!
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

bahan2 filling : 

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
blueberry/strawberry filling (ape2 je perisa yg disukai)

ni la rupa blueberry filling (kedai bakery belambak n murah) 




Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi ye kawan2..  =p

then lepas siap filling, mula2 kite amik blueberry filling guna sudu/piping bag letak sikit dlm tart shell tu. lepas tu piping cream cheese filling ke seluruh tart shell tu. lg byk cheese lg sedap. tp ade jgk yg lebih suke byk blueberry filling yg masam manis tu. so it depends =)

biar dulu cream cheese mengalir bagi cantik sekejap then bole la mulakan conteng2. ni part yg plg memerlukan kreativiti n kesabaran. ni boole guna lidi sate yg byk buang time raye rituu..  =p  
ramai yg campur lebihan cream cheese dgn blueberry tp bg aku x cantik sbb colour pudar. maybe kne tambah kaler purple.. so aku guna blueberry je. cantik n senang nk modify corak2 tu. time ni ikut la nak buat corak love ke, bunga ke, ranting ke, nama boyfriend ke. HAHAHAHA. last2 masuk perut jugak.


bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. kalau tak melekat, maknanya telah masak. kalu tak, bakar dalam seminit lagi.
p/s: family aku suke makan makanan garing2.. so mmg aku bakar lame gile dlm 15-20min smpai nmpak kuning2 gitu cheese die. n blueberry die nak meluap2 nak keluar mcm gunung berapi gituuu.. lg syok garing sbb x muak sgt. itu pendapat aku la. yg ni pun family aku komplen x garing sgt. ngeh ngeh sory.

untuk resepi ni aku dapat dlm kira2 70+ biji gitu. depends la korg nye ketebalan tart shell tu. lg nipis lg sedap lg banyak dapat makan kan? heeee =)

nah ni kasi jamu mata siket  =b









ni filling die. bg aku byk filling lg syiok.
tp aku ada letak siket ade byk. takut ade lidah suke cheese ade suke blueberry kn =)



Ok... da penat melalut.. opps lupa.. td kan ade buat gak 1st trial Egg Tart. tp aku x brape berkenan ngan resepi die. kureng ummpphh... laen kali aku akan try buat guna resepi laen. pastu update kat korg resepi mane plg syiok n yummeehh.. x best la share resepi yg kite x brape suke kan? =)

Selamat Mencuba! n Selamat Kembali ke Sekolah ye kawan2!