Monday, September 17, 2012

German Cookies



Salam and Hye...

dah lama tak update blog since dah masuk semester baru. dah busy call patient and penat dengan kerja lab & treat patient. lagipun duduk kolej ni bukannya boleh buat aktiviti mem'baking' so kerja2 membaking hanya akan disambung musim cuti masa hadapan.

And kali ni nak share resepi yang first time saya buat namanye German Cookies. nama pun mcm dah sedap kn.. cookies ni ala-ala melt-in-the-mouth gitu.




Ingredients (makes 60 pieces)

125g butter
40g icing sugar, sifted
125g potato starch
80g superfine flour @ plain flour


Method

1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 2cm in diameter), arrange on lined baking pan and press lightly with a fork (dip the fork in water after each press to prevent cookie dough from sticking to the fork).
4. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 mins, upper rack (need not bake till cookies turn brown).


p/s: potato starch tu bole didapati dekat mane2 kedai bakery insyaAllah ada melainkan kehabisan stok.. hehe


selepas dirasa-rasa oleh kaum kerabat family, mak & abang cakap rasa dia macam Biskut Arab. biskut arab ni famous dekat kelantan & rasa die manis. lainnya biskut arab ni guna minyak sapi.

tapi mak cakap German Cookies ni tak semanis biskut arab la.. hehe


ignore cookies ku yg tak comel ni


German cookies ni bole jugak kalau nak letak flavor. selalunye orang letak coco powder atau blueberry essence untuk rasa yang berbeza-beza.

Selamat Mencuba  =)


Wednesday, September 5, 2012

Puding Buih Berkuah



setelah beberapa hari meronggeng, hari ni nak share resepi puding paling favourite sy since kecik lagi.. kalau bole nak update semua resepi yg sy buat cuti ni before masuk new sem ni bcoz i'm gonna be crazy crazy busy  -_-  

puding ni sy belajar buat since sekolah rendah darjah 6 lg sebab ingat ade bawak pegi sekolah time jamuan hari guru & hasil buatan sendri. since then sy je dlm family yg selalu buat puding ni. puding ni lembut sgt ala-ala melt in the mouth gitu. plus makan dgn kuah custard banjir.. fuuuuhhhh  =)


so bahan yg diperlukan sgt basic n mmg setiap rumah wajib ada! (kalau takde means dapur dah lama x berasap lettew..) hehe


Puding

1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna

1)  masukkan air dalam periuk bersama2 agar-agar. masak hingga mendidih & biarkan sejuk.
2)  masukkan putih telur dalam mesin dan putar dalam kelajuan plg maksimum sehingga menjadi kembang & berbuih.  (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah)
3)  selepas itu masukkan kuning telur satu per satu. dan pukul lagi hingga jadi gebu.
4)  masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
5)  masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
6)  pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah adunan supaya sebati. tidak ada separate antara buih & agar)
7)  masukkan pewarna
8)  tuang agar dalam bekas
9)  masukkan puding di dalam peti ais untuk sejukkan & keraskan.


p/s: sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang & puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar & atas buih. 



Kuah Custard
1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

1)larutkan custard didalam air terlebih dahulu
2)masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) kacau sehingga mendidih & naik bau.


p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan then baru bole biarkan. selepas tu boleh masukkan dalam peti. puding ni sedap makan time sejuk =)





kali ni buat rainbow puding to attract the kids!

sedia di makan & sangat menyelerakan



Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk. 

hasilnya saya dpt 3 bekas seperti di atas. nyum nyum nyum  =)
budak2 pun suke since kuah custard sgt menyelerakan.


Selamat Mencuba  =)

Sunday, September 2, 2012

Cream Puff


Assalamualaikum =)  *tak jawab dosa taw

Ramadhan baru2 ni aku ada blaja buat krim puff.. mula2 kakak aku yg gedik2 nk blaja buat since husband die baru balik... tiba2 x sempat bukak puasa dah abes sebab adik bongsu bawak balik MRSM.. duk bergado sesame adik beradik berebut krim puff..

so mak aku pun suruh aku blaja buat lah untuk org rumah plak.. walaupun tggl lg 1 jam nk bukak puasa, aku rushing buat sebab mende ni sekejap je masak.. resepi puff ni aku amik dari Cik Mahirah Izzati lagi & resepi cream amik resepi turun temurun nenek moyang punye..


bahan2 yg diperlukan sangat basic comfirm setiap dapur ada bahan2 ni


untuk puff: 

80 g                butter
1 1/4 cwn        air
180g               tpg gandum
3                      telur
1 tsb                gula
sdikit garam

atau

170 gm           tepung gandum
1 sudu kecil     baking powder
115 gm           mentega/butter
285 ml            air
5 biji               telur


1.Lenser dulang pembakar n panaskan oven hgga 200cc.
2.Dalam periuk,panaskan butter & masukkan air smpai mendidih.
3. Kecilkan api & masukkan tepung. Kacau sebati smpai adunan tidak  melekat kat periuk & jadi bebola. Ketepikan dr dapur n biarkan sejuk sebentar.(aku tak biarkan sejuk pun)
4. Pukul telur & esen vanila dan tuang sikit2 ke dlm pastri. Kacau rata. Nak senang gune mixer.
5. Letak satu camca penuh pastri atas dulang pembakar (atau gune piping bag) n bakar selama 30-35 mnit atau smpai kekuningan. puff ni akan sedikit mengembang bila masak so jgn buat besar sgt

p/s: aku lg suke cream puff kecik2 sekali suap je makan.. so dari resepi ni aku dapat kira2 dalam 60+ biji.. kalu buat besar dpt kuantiti lagi sikit la.



untuk custard cream: 

3 sudu besar tepung kastard (sy tambah 2 sudu lg since nmpk cair)
3 cawan air
2 sudu besar susu tepung @ fresh milk  (yg ni ikut suka nk letak byk mane sebenarnye, kalu nk lemak letak lebih)
5 sudu besar gula (sy letak lebih)

1. Larutkan dulu tepung kastard dalam air. Pastu masak atas api kecil sampai berkilat. Pastikan sentiasa dikacau.
2. Masukkan susu & gula. Kacau lagi sampai masak & sedikit likat n pekat.


p/s: custard ni rasa ikut taste masing2 ye..  =)


rupa sebelum masuk oven


ni la rupa custard


rupa da siap masak.. banyak kn?


rupa dh letak filling.. drooling~!


tadi kan aku cakap aku buat 1 jam before bukak puasa.. ngam2 waktu bukak puasa cream puff ni siap fuuhhh!! fresh from oven okeh! hihi.. sekejap je cream puff ni da lesap kne ngap..

ni first trial buat alhamdulillah jadi.. kalau kat kedai ni 5 biji rm2.. ni modalnye ya ampun murahnyee...
kalau ikut resepi ni modal tak sampai rm10 tp bole dapat 60+ biji.. so better buat sendri!

Selamat mencuba =)